Translate

Sunday, April 9, 2023

Perkhidmatan Dril dan Pemasangan Perabot Berehat Sebentar....

 Sementara berbaki dua minggu puasa Ramadhan dan akan menyambut Aidilfitri, saya berehat dulu daripada kerja-kerja dril dan pemasangan perabot. Selepas raya pula saya beraya selama seminggu. Selepas itu, barulah saya menerima job dari pelanggan untuk sebarang kerja berkaitan.

Namun begitu,  perkhidmatan sewaan dome set tetap diteruskan. Ini kerana ianya kurang melibatkan kerja fizikal.

Saya sangat memahani ramai yang mahu menukar perabot batu, langsir baru, membeli televisyen baru dan membaiki kediaman mana yang rosak kerana mahu menyambut aidilfitri akan datang. Banyak permintaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kediaman saya terpaksa tolak dengan baik .

Walau pun sibuk bekerja, tetapi masa untuk diri sendiri dan keluarga juga perlu diambil kira.




No comments:

Post a Comment