Translate

Wednesday, August 16, 2023

Peluang Menjual Button Badge Pelajar Sekolah

 Bagi anak-anak sekolah yang mahu menambaj pendapatan dengan menjual button badge kepada kawan-kawan di sekolah, boleh menghubungi saya. Tidak memerlukan modal satu sen pun. Hanya sekadar menjual button badge yang sudah siap atau pum mengambil tempahan.

Jenis button badge yang boleh ditempah / jual :

1. Button badge  ' i am.... ' Selepas i am ditambah nama yang dikehendaki.

2. Button badge islamik

3. Button badge kata-kata motivasi / semangat

4. Button badge patriotik seperti bendera, pasukan harimau Malaya.

5. Button badge peribadi. Seperti nak masukkan gambar sendiri atau orang tersayang.

 >> Bagi kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya kerana kami serah secara berdepan dan bukan pos. 

>> Button Badge ' I am'  boleh tempah selepas ambil nama kawan-kawan yang berminat. Bayar ketika datang dan terima button badge daripada saya. Kami di Kajang / Semenyih.

>> 1 button badge saya tolak 1.50 bagi 1 unit button badge biasa Boleh jual 2.00 hingga ke atas. Keychain badge pula saya tolak RM2.00. Boleh jual 2.30 ke atas

>> Kami bagi contoh dan boleh pilih rekabentuk mana yang berminat. Kalau nak hantar desiran. yang sudah siap pun boleh. Kami print dan buat.


Button badge I am


Button badge dan key chain ' I am '



Button badge islamik



Button badge peribadi



button badge dan key chain badge i am dan motivasi 


[[[ 017 6371728 ]]]

Monday, August 14, 2023

Sewa Dome Set : Maaf, kami tak cover kawasan Klang

 Ada seorang caterer dari Klang menghubungi untuk menyewa dome set.  Katanya pelanggannya mahu sebahagian makanan dihidang dengan menggunakan dome set. Sebanyak 10 set dia minta.



Saya dengan baik menolak tawarannya. Sebabnya jarak antara Kajang dan Klang agak jauh. Ini ditambah lagi dengan kesesakan yang terpaksa ditempuh untuk hantar dan ambil dome set tersebut.

Saya mencadangkan supaya mencari mana-mana penyewa yang berdekatan. Rasanya mungkin ada di sebelah Klang atau KL yang berdekatan dengan lokasi program dibuat.

Sebenarnya kami cuma mengambil tempahan penyewaan dari kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan yang berdekatan sahaja. Kawasan sekitar Cheras dan KL tengok kepada kedudukan lokasinya.

< 017 6371728 >

Sunday, August 13, 2023

Menyiapkan Tempahan Button Badge Anak Sekolah

 Gambar beberapa button badge yang disiapkan. Anak menyiapkannya apabila menerima tempahan dari kawa-kawan sekolahnya. Perlahan-lahan mengajar anak mencari rezeki sampingan dengan mengambil tempahan dan menjualnya. 


Bermacam-macam jenis yang dibuatnya. Yang paling popular adalah jenis ' I am .... '


Saya sudah lama tidak membuatnya. Cuma sesekali menunjukajar anak-anak cara promosi, merekabentuk hinggalah cara membuatnya.

Sesiapa yang berminat untuk menempah button badge untuk apa sahaja tujuan, boleh hubungi kami. Boleh merekabentuk sendiri, atau kami buatkan cadangan yang dikehendaki.

Button Badge ' I am.... '

Perkhidmatan kawasan Kajang  Bangi putrajaya Semenyih. Kami hantar terus ke premis.

017 6371728 >

Saturday, August 12, 2023

Membaiki Pam Tandas

 Bagaimana membaiki pam tandas yang rosak? Adakah mudah untuk dibaiki sendiri? 

Jawapannya adalah agak mudah. Tetapi bukan terlalu mudah semudah abc. Ini kerana terdapat beberapa peralatan yang saling berhubungan untuk menjadikannya berfungsi dengan baik dan kelihatan kemas. Peralatan  tersebut ada dijual di mana-mana kedai hardware. 

Salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada tulang paip adalah membaiki tandas!


Perkara pertama apabila berlaku kerosakan,maka kenalpasti dulu punca kerosakan dan barang apa yang perlu diganti. Mungkin alat flush, mungkin pelampung, mungkin paip penyambung ke saluran air berdekatan. Mungkin juga getah di mana-mana bahagian yang sudah mereput dan pecah yang menyebabkan air sentiasa meleleh keluar.


Sesuatu yang amat mencabar apabila pam tandas sesuatu kediaman yang mempunyai sistem pamnya yang jenis lama. Apabila rosak, maka tidak ada alat ganti yang sesuai. Jadi tukang paip perlulah lebih kreatif untuk untuk menyesuaikan mana-mana alat ganti yang ada di pasaran. 


Kebanyakan tandas sekarang adalah jenis tekan di bahagian atas untuk mengepam air. Dulu banyak kita dapati yang jenis tarik dengan tali. 

Seperkara lagi yang sangat penting untuk membaiki pam tandas adalah peralatan yang digunakan untuk membuka dan memasang komponen gantian. Sekiranya tidak ada peralatan, maka amat susah untuk membuat kerja.

Membaiki pam tandas agak lama. Apabila selesai, maka ianya perlu diuji terlebih dahulu untuk melihat sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. Tukang paip perlu bijak untuk selaraskan sukatan air yang perlu dengan pelampung. Sekiranya terlebih, maka air akan melimpah keluar.


Di atas adalah spanar besar untuk membuka paip yang bersaiz besar. Seorang tukang paip pasti dalam simpanannya.

Wednesday, August 9, 2023

Jangan Terima Banyak Sangat Job!

Bagi mereka yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan kediaman dan premis, kadang-kala rezeki datang mencurah-curah. Banyak panggilan meminta membuat berbagai kerja yang ditawarkan, dari yang pembaikan kecil yang upahnya agak kecil hinggalah yang bernilai besar.

Adakah mereka akan melayani semua atau tidak melayan sebahagiannya?

Tidak dinafikan ada yang mahu mengambil semuanya. Selalunya sifat tamak yang menyebabkan menerima semua tawaran kerja tersebut, sedangkan tenaga kerja tidak mencukupi untuk membuatnya.

Sepatutnya mereka melihat kepada tenaga kerja yang mampu untuk menyiapkan sesuatu kerja. Ada yang mengambil semua dan menyusun jadual yang sangat padat semata-mata mahukan  upah kerja yang banyak.

Kesan buruk adalah tidak sempat memenuhi janji dengan pelanggan. Keadaan ini boleh mengecewakan pelanggan kerana mereka juga perlu menghabiskan masa dan waktu yang lain untuk untuk mengatur temujanji dengan tukang yang lain.

JSesuatu yang lebih parah lagi, kualiti kerja yang dibuat tidak seperi yang dijanjikan. Inilah masalah yang selalu terjadi apabila sesuatu kerja dibuat secara tergesa-gesa. 

Jadi, bagi mereka yang bekerja dengan penyelenggaraan kediaman dan premis, jangan terlalu tamak dan pastikan mutu kerja yang berkualiti dan jangan terlalu mengejar kuantiti.