Translate

Monday, August 14, 2023

Sewa Dome Set : Maaf, kami tak cover kawasan Klang

 Ada seorang caterer dari Klang menghubungi untuk menyewa dome set.  Katanya pelanggannya mahu sebahagian makanan dihidang dengan menggunakan dome set. Sebanyak 10 set dia minta.



Saya dengan baik menolak tawarannya. Sebabnya jarak antara Kajang dan Klang agak jauh. Ini ditambah lagi dengan kesesakan yang terpaksa ditempuh untuk hantar dan ambil dome set tersebut.

Saya mencadangkan supaya mencari mana-mana penyewa yang berdekatan. Rasanya mungkin ada di sebelah Klang atau KL yang berdekatan dengan lokasi program dibuat.

Sebenarnya kami cuma mengambil tempahan penyewaan dari kawasan Kajang, Bangi, Semenyih, Putrajaya dan yang berdekatan sahaja. Kawasan sekitar Cheras dan KL tengok kepada kedudukan lokasinya.

< 017 6371728 >

No comments:

Post a Comment