Bagaimana membaiki pam tandas yang rosak? Adakah mudah untuk dibaiki sendiri?
Jawapannya adalah agak mudah. Tetapi bukan terlalu mudah semudah abc. Ini kerana terdapat beberapa peralatan yang saling berhubungan untuk menjadikannya berfungsi dengan baik dan kelihatan kemas. Peralatan tersebut ada dijual di mana-mana kedai hardware.
Salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada tulang paip adalah membaiki tandas!
Perkara pertama apabila berlaku kerosakan,maka kenalpasti dulu punca kerosakan dan barang apa yang perlu diganti. Mungkin alat flush, mungkin pelampung, mungkin paip penyambung ke saluran air berdekatan. Mungkin juga getah di mana-mana bahagian yang sudah mereput dan pecah yang menyebabkan air sentiasa meleleh keluar.
Sesuatu yang amat mencabar apabila pam tandas sesuatu kediaman yang mempunyai sistem pamnya yang jenis lama. Apabila rosak, maka tidak ada alat ganti yang sesuai. Jadi tukang paip perlulah lebih kreatif untuk untuk menyesuaikan mana-mana alat ganti yang ada di pasaran.
Kebanyakan tandas sekarang adalah jenis tekan di bahagian atas untuk mengepam air. Dulu banyak kita dapati yang jenis tarik dengan tali.
Seperkara lagi yang sangat penting untuk membaiki pam tandas adalah peralatan yang digunakan untuk membuka dan memasang komponen gantian. Sekiranya tidak ada peralatan, maka amat susah untuk membuat kerja.
Membaiki pam tandas agak lama. Apabila selesai, maka ianya perlu diuji terlebih dahulu untuk melihat sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. Tukang paip perlu bijak untuk selaraskan sukatan air yang perlu dengan pelampung. Sekiranya terlebih, maka air akan melimpah keluar.
Di atas adalah spanar besar untuk membuka paip yang bersaiz besar. Seorang tukang paip pasti dalam simpanannya.
No comments:
Post a Comment