Alhamdulillah selesai buat kerja pasang rod langsir, bidai dan aksesori bilik air di Tiara South, Semenyih. Kerja yang dibuat pasang 5 rof langsir, 2 aksesori bilik air dan 1 bidai zebra. Beberapa keping gambar saya nak kongsi dengan pembaca blog.
SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG AZNUR, SEKIRANYA MEMERLUKAN SEBARANG PERKHIDMATAN, SILA HUBUNGI KAMI. PANDANGAN DAN CADANGAN AMAT DIALU-ALUKAN...
Translate
Tuesday, January 31, 2023
Kerja Pasang Rail Langsir Dan Bidai di Tiara South
Saturday, January 28, 2023
Dome Set : Beli atau sewa, mana lebih berbaloi?
Apabila membuat sesuatu majlis makan-makan yang melibatkan tetamu jemputan, biasanya akan disediakan makanan dengan menggunakan dome.
Persoalannya, adakah membeli terus dome set atau menyewa dari mana-mana pihak lebih berbaloi dan menjimatkan?
Thursday, January 26, 2023
Kerja dril Taman Universiti, Bangi
Nak kongsi beberapa gambar kerja-kerja dril gantung gambar, frame dan aksesori bilik tidur di Taman Universiti, Bangi beberapa hari lalu.
Tuesday, January 24, 2023
Sewa Dome Bangi : kami tak jual dome kak, kami sewakan sahaja
Macam- macam karenah pelanggan ketika berurusniaga. Ada seorang kakak pengusaha penyediaan makanan bermasak meminta saya menjualkan kepadanya 2-3 dome yang saya sewakan. Dengan baik saya menolak. Mungkin akak tu mengharapkan harga yang lebih murah berbanding dengan membeli yang baru di kedai.
Apapun pelbagai karenah pelanggan, kita mesti melayan dengan bijaksana.
Sunday, January 22, 2023
Selamat Tahun Baru Cina Kepada Rakan Tionghua
Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua rakan-rakan niaga yang berbangsa Tionghua dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Tiobghua. Semoga tahun arnab akan memberi lebih rezeki kepada kawan-kawan berbangsa Tionghua
Saturday, January 21, 2023
Terima kasih Orang Putrajaya
Ramai pelanggan saya daripada orang yang tinggal di Putrajaya. Terima kerana menyampaikan perkhidmatan saya kepada kawan- kawan di kejiranan Putrajaya. Promosi dari mulut ke mulut seperti ini sangat- sangat saya hargai. Secara tak langsung rezeki saya akan lebih bertambah.
Sekarang di kawasan Putrajaya semakin rancak pembangunan baru yang dibuat. Perumahan PPA1M, PR1MA dan kuarters pegawai kerajaan terus bertambah. Secara tak langsung penduduk Putrajaya semakin bertambah.
Biasanya mereka yang baru masuk rumah menghubungi saya untuk memasang rel langsir dan bidai, pasang bracket tv serta aksesori dan perhiasan rumah. Saya akan pastikan hasil kerja saya memuaskan pelanggan.
Kadang-kala saya terpaksa menolak untuk melakukan kerja apabila ada beberapa permintaan pelanggan yang bertembung pada tarikh yang sama. Jadi, saya mencadangkan supaya menghubungi kawan saya untuk melakukan kerja-kerja yang diminta.
Jadi, kepada sesiapa khususnya penduduk Putrajaya yang memerlukan perkhidmatan saya seperti menyewa dome untuk makan-makan, pemasangan aksesori rumah dan premis dan lain-lain, bolehlah menghubungi saya.
<<< 017 6371728 >>>
Wednesday, January 18, 2023
Jual dan pasang Bracket TV : Stok masih ada
Stok bracket tv untuk dijual dan dipasang terus masih ada lagi. Kepada pelanggan dan bakal pelanggan yang berminat untuk membeli sahaja atau untuk pasang terus boleh hubungi saya.
Monday, January 16, 2023
Sewa Dome : Maaf... Servis kiter tak sampai KL
Ada ramai yang berminat untuk menyewa dome dari KL dan lain- lain kawasan yang agak jauh di sekitar lembah Klang. Buat masa sekarang saya terpaksa menolak. Sebabnya saya sekarang fokus untuk berurusan dengan pelanggan dari kawasan Kajang, Bangi, Semenyih dan Putrajaya sahaja.
Setiap orang ada cara masing- masing. Begitu juga dengan saya. Bagi saya, rezeki di sekitar sebelah sini sudah mencukupi. Permintaan dari luar kawasan adalah rezeki mereka-mereka yang beroperasi di sana.
Sebenarnya faktor jarak yang membuatkan saya menolah permintaan dari sebelah sana. Keadaan jalan raya yang sesak, ditambah dengan kos tol pasti akan membuang banyak masa di jalan. Begitu juga dengan kos kewangan
Jadi, sesiapa di kawasan Kajang, Bangi, Semenyih dan Putrajaya yang berminat untuk menyewa dome untuk sebarang majlis ngat dialu-alukan . Cukup sekadar beritahu lokasi tarikh dan masa serta berapa kuantiti fone yang diperlukan
{ 017 6371728 }
Saturday, January 14, 2023
Program Jabatan Kerajaan Di Putrajaya Dan Makan VIP Menggunakan Dome
Banyak program yang dibuat oleh jabatan khususnya di Putrajaya. Program sebegini banyak diwar-warkan di kalangan orang awam untuk menarik minat orang awam menyertainya
UNTUK SEWAAN SET DOME BOLEH HUBUNGI KAMI
《《《 017 6371728 》》》
Thursday, January 12, 2023
Pinggan Melamin dan Pinggan Pakai Buang. Mana Pilihan Anda?
Antara pinggan melamin dan pinggan pakai buang, mana pilihan kita apabila membuat makan- makan? Pasti ada alasan tersendiri apabila kita membuat pilihan antara dua jenis pinggan tersebut.
Wednesday, January 11, 2023
Penggunaan Dome Dalam Majlis Kahwin
Dalam majlis kahwin sekarang, makin banyak kita dapati hidangan kepada pengantin dan keluarga terdekat menggunakan dome.
Tuesday, January 10, 2023
Ampai pakaian popular
Ini adalah ampaian yang cukup popular dan banyak dipasang untuk menyidai pakaian. Saya telah kali diminta oleh tuan rumah untuk memasang ampaian jenis ini. Biasanya mereka meminta untuk pasang di ruangan balkoni atau belakang dapur.
Gambar di atas adalah salah satu daripada ampaian yang saya pasang di Apartment Melinjau Presint 11, Putrajaya.
Kerja Dril Taman Impian Gemilang
Sekadar nak berkongsi dengan pembaca blog beberapa keping gambar yang saya buat di Taman Impian Gemilang, Kajang.
Monday, January 9, 2023
Penggunaan Dome Untuk Jamuan VIP
Sekarang telah menjadi trend majlis makan-makan bagi tetamu terhormat menggunaan dome.