Translate

Sunday, January 22, 2023

Selamat Tahun Baru Cina Kepada Rakan Tionghua

 Kami di Aznurniaga Resources mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua rakan-rakan niaga yang berbangsa Tionghua dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Tiobghua. Semoga tahun arnab akan memberi lebih rezeki kepada kawan-kawan berbangsa Tionghua


Saya mempunyai agak ramai kenalan Tionghua yang sering terlibat dengan urusniaga sehari-hari. Mereka  bukan sahaja daripada pembekal, bahkan ada juga yang merupakan pelanggan saya. Ada juga di kalangan mereka yang agak rapat dan sering berkongsi tip untuk sukses dalam perniagaan.


Semoga persahabatan kekal terjaga dan suasana aman damai sentiasa terjamin untuk memudahkan mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah ini. 

No comments:

Post a Comment