Translate

Saturday, January 21, 2023

Terima kasih Orang Putrajaya

Ramai pelanggan saya daripada orang yang tinggal di Putrajaya. Terima kerana menyampaikan perkhidmatan saya kepada kawan- kawan di kejiranan Putrajaya. Promosi dari mulut ke mulut seperti ini sangat- sangat saya hargai. Secara tak langsung rezeki saya akan lebih bertambah.

Sekarang di kawasan Putrajaya semakin rancak pembangunan baru yang dibuat. Perumahan PPA1M, PR1MA dan kuarters pegawai kerajaan terus bertambah. Secara tak langsung penduduk Putrajaya semakin bertambah.

Biasanya mereka yang baru masuk rumah menghubungi saya untuk memasang rel langsir dan bidai, pasang bracket tv serta aksesori dan perhiasan rumah. Saya akan pastikan hasil kerja saya memuaskan pelanggan.

Kadang-kala saya terpaksa menolak untuk melakukan kerja apabila ada beberapa permintaan pelanggan yang bertembung pada tarikh yang sama. Jadi, saya mencadangkan supaya menghubungi kawan saya untuk melakukan kerja-kerja yang diminta.

Jadi, kepada sesiapa khususnya penduduk Putrajaya yang memerlukan perkhidmatan saya seperti menyewa dome untuk makan-makan, pemasangan aksesori rumah dan premis dan lain-lain, bolehlah menghubungi saya.




<<< 017 6371728 >>>

No comments:

Post a Comment